Laman Utama > Profil

Profil

Sejarah Penubuhan
02 May 2017 12:28 PM
admin

 SEJARAH PENUBUHAN

MRSM GEMENCHEH

MRSM Gemencheh adalah MRSM yang ditubuhkan di Malaysia yang menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia yang kelapan. MRSM Gemencheh merupakan MRSM yang ketiga ditubuhkan di Negeri Sembilan. Ia merupakan salah sebuah institut pendidikan di bawah kelolaan MARA selain daripada MRSM Kuala Klawang dan MRSM Serting serta Kolej MARA Seremban. MRSM Gemencheh yang berkeluasan 56 ekar terletak kira-kira 11 km dari pekan Gemencheh. Kapasiti pelajar adalah seramai 840 orang, dengan 510 orang pelajar  menengah rendah (tingkatan 1 hingga 3) dan 330 orang pelajar menengah atas (tingkatan 4&5).

              MRSM Gemencheh mula beroperasi pada 18 Disember 2006 tetapi pengambilan pertama pelajar-pelajar bermula pada 16 April 2007  dan pengambilan kedua pada 7 Mei 2007. Pengambilan pertama pelajar tingkatan 1 adalah  seramai 120 dan tingkatan 4 seramai 240 orang. Bilangan guru ketika itu adalah 56 orang guru dan staf seramai 25 orang. 

              Hasil cetusan idea  daripada Pengerusi MARA  YB. Dato Seri Idris bin Jusoh pada bulan September 2008, lahirlah MRSM Ulul Albab di MRSM Kota Putra pada tahun 2009 dan di MRSM Gemencheh pada tahun 2010 serta MRSM Kepala Batas pada 2011 dan MRSM Sungai Besar pada 2016. Matlamat Program Ulul Albab ini adalah untuk melahirkan generasi Al-Quran yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggung jawab dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara serta melahirkan pelajar-pelajar  yang berlatar belakangkan Sains dan Tahfiz Al-Quran yang dapat memenuhi syarat untuk memenuhi pengajian dalam bidang profesional dan teknikal di mana-mana universiti tersohor di seluruh dunia.

              Ketika ini MRSM Gemencheh mempunyai pelajar yang mengikuti program Ulul Albab seramai 832 pelajar (tingkatan 1 Hingga 5). Jumlah guru juga telah meningkat kepada 104 orang dan staf seramai 32 orang. Semoga MRSM Gemencheh akan terus bersinar sebagai sebuah institusi pendidikan MARA yang sentiasa berdaya saing dengan konsisten di persada negara dan dunia.

Falsafah Pendidikan
02 May 2017 10:14 AM
214061

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Falsafah Pendidikan MRSM (FPM)

"Pendidikan MARA adalah satu usaha yang berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai leusahawanan untuk membangunkan insan holistik dan seimbang"


Visi

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang innovatif dan bertarif dunia.


Misi

Menyediakan pelajar Bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang Sains dan Teknologi.


Nilai Teras

                                                                                              S              -            Saintifik
                                                                                              I               -            Independen
                                                                                              K             -            Kreatif
                                                                                              A              -           Amanah
                                                                                              P               -           Patriotik

Misi-Visi-Matlamat
02 May 2017 11:15 AM
admin

Visi MRSM

 Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan terbeza dan terbaik, inovatif dan bertaraf dunia..

Misi MRSM

  Menjadikan MRSM pusat untuk melahirkan bakal-bakal saintis (sains & teknologi), profesional dan usahawan tekno yang cemerlang, berdaya tahan, berdaya saing, berakhlak mulia dan berminda global.

Nilai Teras

Menerapkan nilai Sainstifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik.

Perutusan
26 February 2014 03:49 PM
admin

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah dan kurniaNya dapat kita bertemu di dalam Laman Web MRSM Alor Gajah. Sebagai sebuah institusi pendidikan MARA, pastinya maklumat yang dipaparkan  dalam Laman Web ini diharapkan dapat memenuhi beberapa objektif antaranya, menyampaikan maklumat kepada ibu bapa mengenai visi dan misi institusi dan  seterusnya mendedahkan sistem pendidikan yang merangkumi program akademik dan sahsiah pelajar. Laman Web ini juga diharapkan dapat membantu dari segi perlarasan dalam pelbagai  aspek termasuklah pengurusan dan pencapaian akademik.  

Akhir kata, saya berharap dengan kewujudan Laman Web ini, warga MRSM dapat memanfaatkan bersama demi mengangkat martabat pendidikan negara ke arah lebih berkualiti dan
bagi membolehkan kami memperkasa dan menjayakan program yang dirancang dengan baik dan jayanya.

Sekian

Tuan Haji Mohammed Satari bin Hashim

Peta & Pelan
26 February 2014 03:43 PM
admin